RESEP KITA

Mau Software

Download

Pages

Jumat, 06 Agustus 2010

BUDIDAYA SAWI

PENYEDIAAN TANAH

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2m lebar, 7.5m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.

PENANAMAN

Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5kg biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan denagn pasir halus atau tanah peroi dan di tabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan di buat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.

PEMBAJAAN

Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Batas Kadar/hektar

1 Sebelum menanam Baja Organan 6 kg 4 tan

2 2 minggu NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan

3 3 minggu NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan


PENGUTIPAN HASIL

Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah. Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16 tan/ha. dan hasil purata ialah 14 tan/ha.

PENGAIRAN

Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAI

Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun glifosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Di antara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:

Jenis Serangga / Penyakit Kawalan

Ulat Ratus (Army Worm) ( Spodoptera litura) Sembur racun fenvalerate

Kumbang Kutu ( Phyliotera sinuata Ateph) Sembur racun malathion

Ulat Pangkas (Cut Worm) ( Agrotis xpsilon) Sembur racun fenvalerate

Ulat Plutela (Pluttel xylostella) Sembur racun Bacillus thuringiensis. Amalkan tanaman giliran.

Reput Lembut ( Erwina carotovora) Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan saliran yang
baik.

Bintik Daun( Leaf spot) (Cercospora spp.) Rawat biji benih dengan thiram.

Reput Daun ( Leaf Rot) (Corticum solani) Cabut dan buang pokok yang berpenyakit.


0 komentar: